Monday, June 27, 2011

Melawat Tugu Negara

Korang pernah sampai tak ke Tugu Negara? , honestly dalam kotak memori aku memang aku tak pernah pergi la ( tp kalo masa kecik aku tak tau la plak ye). Aku pernah pergi Shrine of Remembrane, Melbourne tapi kat KL tak pernah sampai..huhuhu. So, aku decide nak melawat Tugu Negara Malaysia hari tue ye..hehehe..

Sedikit Sejarah Tugu Negara : Pembinaan Tugu Negara telah diilhamkan oleh Y.T.M Tunku Adbul Rahman Putra AlHaj pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara. Kawasan ini mempunyai keluasan 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik. Kompleks Tugu Negara mempunyai 5 kompenen iaitu Tugu Negara, Kolam Air Pancut, Astaka, Tugu Peringatan & Taman Tambahan., kalo nak tau selebihnya pergi la melawat sendiri ok. hehehe.

Sebelum masuk tue, nanti korang akan nampak macam monument macam tiang yg ade nama2 pahlawan yang terkorban time perang dulu ye. Tapi bila aku belek2 nama kat situ macam ramai nama orang putih je (maybe askar British dulu kot). Then ade air pancut sebelum korang masuk ke  dalam Tugu tue.


Then, nanti korang melalui tempat tue, korang akau nampak Tugu Negara yang tersergam kukuh yang dibuat dari Gangsa with Bendera Malaysia, it's the Tugu Negara yang dibina khas untuk mengingati Pahlawan yang menegakkan kedamaian & kebebasan.


Lepas letih ambil gambar kat sana, ramai jugak pelancong kat sini, dari Arab, Eropah, Korea, China etc la. Aku pn terasa macam pelancong la pulak ye. After that, aku pun turun kat bawah bukit tue sebab ade taman, & aku pn snap2 la gambar macam biasa.

Aku tak sure ape nama taman nie sebab aku tak jumpa namanye kat sana, Taman Tugu Negara la kot. Time aku pergi nie hari mendung & nak hujan, so sebab tue aku tak boleh lama2 sangat plus dah penat bergambar kat Tasik Perdana kot, tempat nie kat depan Tasik Perdana aje tapi kena pusing jauh sikit sebab kalo simpang dari tasik tue tak boleh terus. So, harap korang sudikan diri untuk melawat tempat kat Kuala Lumpur tue ye, cuti-cuti Malaysia.

1 comment:

Che Kay said...

dulu teringin nak pegi. kaedahnye member2 haram tak nak pegi. jadi tinggal angan2 je. huhuh