Monday, June 13, 2011

Trip Spontan ke Cameron Highlands..

Hujung minggu yang lepas, aku ngan 2 orang kawan telah membuat kerja yang tak dirancang!!..hehehe. Asalnya dorang datang nak datang umah aku untuk lepak2, so aku pun masak la untuk dorang. Time tu dah pukul 2pm, aku masak simple2 je, entree - Ayam with Soup Betik, main course-Pasta Mushroom with Chicken, then dessert aku wat Fruits Cocktail je. Lepas makan segala, barulah kitaorg decide nak pergi somewhere sejuk,sbb semua macam ok, so all set!! jom ke Cameron Highlands!!!..


Then, we all pun prepare nak bergerak ke Cameron Highlands, the truth is none of us very sure macam maner nak sampai ke sana. Last time aku pergi sana rasanya darjah 6 kot, tahun 1995!!, dah dekat 16 tahun aku tak jejakkan kaki kat atas sana. So, perjalanan kitaorang dalam 3 jam, sebab kita orang ikut PLUS, keluar kat Tapah ( itu pun call kawan2 tanya). Oh My God, jalan nak ke sana very the bengkang-bengkok!, sangat mencabar ye, lebih kurang dalam 60km dari Tapah nak naik ke Tanah Rata. Kitaorang melalui jalan2 yang sempit, tepi gaung segala, jumpa perkampungan Orang Asli segala, dah la timetue dah dekat malam ( dalam kul 7 mlm lebih), even worst jalan senyap sunyi & tak berlampu. Sorang kawan kitaorg memang tak boleh blah la, menyalahkan pempuan sebab pening2 la, nak termuntah la..hehehhe. So finally, kitaorg pn sampai la Cameron Highlands dalam pukul 8.30 mlm. Time on the way ke atas, kitaorg dah bukak tingkap & dah feeling2 sbb dah boleh rasa sejuk2 dah. hehhehe. First tempat ynag kitaorg singgah ke Brinchang, nak pergi pasar malam. Ramai jugak org kat sana, ade jual macam2 la, mcm uptown tp lain skit ade banyak jual sayuran2 yang fresh!!.


Best tengok sayur-sayuran kat sana, aku suka baby carrot tue, ade jual buah2 segar jugak, madu la & macam2 lagi..very nice..


Kat pasar malam tue ade jual macam2, dah yg paling best aku jumpa ialah jual Honey Comb, pakcik tue siap potong2 sarang lebah tue, then letak dalam bekas kecil2, dia jual 1 bekas RM2, 3 untuk RM5 & rasanya sangat manis!!, sangat!


Di samping tue, sempat la kitaorang singgah jalan2 kat area Brinchang, contohnya Balai Craft Brinchang. Kat atas tue memang la tak ade pusat hiburan sangat, just banyak hotel2 la sebab namanye tempat melacong , ladang strawberry & kaktus banyak la..


Selepas penat berjalan2, time untuk makan & kitaorang makan kat Nik Ikan Bakar & Tomyam, kitaorang order, Tomyam, Telur Bungkus, Kailan Ikan Masin & Kerang Rebus. Harga kat kedai tue boleh tahan la, semua tue termasuk air dalam RM22 je untuk 3 orang makan.


Lepas makan2, kitaorang pn cari la tempat melepak kat area Tanah Rata tue, boleh tahan la sejuk nye malam tue, maybe below 20 C la kot, memang best & nyaman aje malam tue. Kitaorang pun melepak kat Starbucks Coffee,Cameron Highlands minum2 coffee malam tue. Rasanya tempat tue buka sampai pagi kot sebab ramai budak muda lepak main daun terup kat sana, baca buku la, surfing la & macam2. kitaorang lepak sampai kul 1 pagi lebih.


Sebenarnya kita orang tak plan pun nak tido maner2 hotel pun sebab plan awal nak tido dalam kete je! ( tapi depan masjid la, selamat skit kot). But then, kitaorang try la survey2 kalo ade bilik hotel yg kosong lagi, then dapat la blik hotel yg murah je, dalam RM80 semalam, ok la tue sebab kitaorang just nak tido aje pn. Hotel  & bilik tue not bad la, so malam tue kitaorang bermalam di Hotel Silverstar. Hotel kitaorang tak ade kipas sebab kat luar dah sejuk kot, bukak tingkap dah mcm aircond dah, so good nite!!!


Tidur yang nyenyak sebab sejuk, hmm...morning Cameron Highlands!!. aku bangun awal pagi tue sebab nak keluar ambil angin, aku memang suka sejuk sebab feeling2 masa travel oversea dulu2 la. So, kitaorang pn siap2 la & check out dalam kul 11 pg, then breakfast kat area situ jugak. Kitaorg makan roti canai & nasi lemak, harga kat atas nie mahal skit la kalo compared kat bawah sbb jauh kot nak bwk tepung naik atas. Tp yg paling best, lepas tue sempat lagi jalan2 kat pasar siang plak, makan Strawberry with Chocolate pagi2. Best kan?..hehhe

 
Then, after makan2 kitaorang pn berjalan2 la kat Tanah Rata tue, tengok Ladang Strawberry, Kaktus & Bunga segala. Macam2 jenis rupa aku tengok yang ade kat sana.


Cantik & menarik kan?


Then, after meronda2 kat atas tue, then jam pun dah almost 1 lebih, time to balik KL, sedih la sbb nak kena balik dah..huhuhu. But, on the way balik tue sempat singgah minum tea kat Cameron Valley Tea House,Bharat Plantation. Rasa tea dia lain macam sikit aku rasa sebab macam herb ( maybe garlic or something) & anyway very nice.


Nice view, tenang & relax sangat sambil mimum tea.


Then, its really time to balik KL, kitaorang pun balik la menyusuri laluan yg memcabar tue nak ke Tapah. Tapi on the way tue, sempat je kitaorang singgah kat Lata Iskandar. Kitaorang tak mandi la tapi just amik gambar & main air je. Airnye sangat sejuk & nyaman, best main air kat situ, next time kitaorang akan singgah lagi ye.


So, itulah saja yang mampu aku update untuk journal aku this time but next time aku harap nak pergi sana lagi. So, overall this is very spontaneous trip yg tak ade dalam plan tapi terjah je,hehehhe. So, nanti kan spontan trip aku kat tempat lain lain kali..hehehe. Thanks to my friends yg giler untuk men"plan" trip nie, the best experience ever. So, selamat membaca.. 

4 comments:

Che Kay said...

serius i suke tau gambaq2 hang pi jalan2. menarik! last i pi sana 2006@2007 macam tu.

Fred Isman said...

thanks..biasa2 je..i mmg uka amik gambar..hehhee..nnti boleh je pergi lagi ok, sejuk ok..hehehe

mohd ilaham said...

holla..ko mmg berbakat la menjadi pencerita..gambar2 pown chanteq..leka aku baca post hang nie - udin a.k.a T****..huhuhu..

Fred Isman said...

Thanks T***** katanyer..hahaha, just for seronok2 je..ade few entries yg i x sempat nak upload..nantikan ok..hahaha