Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Pagi Raya..di Kampung Halaman

It's Raya morning people!!, wake up!!. hehehehe. Hari yang kita tunggu2 akhirnya menjelma tiba,Selamat Hari Raya Aidilfitri. So, seperti biasa la, pergi sembahyang Raya dengan family, lepas tue bermaafaan sesama keluarga & paling penting untuk budak2 la, DUIT RAYA!!!. hehehehe

Lepas tue, jom serbu meja makan!!, melantak time!!, heheheh. Tahun nie semua kuih tunjuk je, selain kuih yang akak aku  wat iaitu Tart Nenas & Biskut ape tak ingat, hehehe. So, aku makan banyak & pelik2 sikit campuran nye tahun nie sebab nak try. Laksa ialah makan rasmi kat rumah aku, every year mesti ade, kalo tidak tak complete, ala2 Signiture Dish untuk family aku la sebab semua saudara mara yang datang mesti akan tanya Laksa, hehehehe. Menu lemang kat rumah aku tahun nie ada 3 jenis iaitu Lemang Pulut, Lemang Jagung & Lemang Tepung.Pas tue ade Rendang Ayam, Rendang Daging Minang, Laksa & Dodoi, disamping segala kuih2 tue la.



Tahun nie family aku banyak berjalan ke rumah saudara mara, raya pertama pergi ke rumah makcik2 aku kat Bota Kanan & Bota Kiri. Lepas tue Raya ke 2 plak ke rumah makcik & pakcik kat Taiping & Ipoh. Memang penat la drive kereta kan tapi kovoi ramai2 seronok!! ,hehehe. Tapi biasalah, kalau menyinggah mesti la lama, then sampai rumah pun dah malam kan. Time datang rumah dorang, semua makanan aku sebat, bukan sepinggan tapi berpinggan2!!, tak kisah lansung pasal berat badan. hehehehe


Aku melantak ape saja, Roti Canai campur Gulai Tempoyak & Ikan Bilis, Bihun Sup campur Serunding Daging & macam2 lagi yang aku tak ingat. Tapi alhamdulillah perut aku tak meragam, thanks tummy!!. Syok nye aku makan sampai lebam la. hehehe

Pada raya ke 2, tahun nie paling seronok sebab semua adik beradik aku ade, then kitaorg berkumpul kat rumah akak aku kat Batu Gajah, kononnye nak wat makan2 untuk semua adik beradik + biras la tapi sebabkan masa limited ,just kitaorg adik -beradik ajelah. Kitaorg konvoi dari Ipoh dah pukul 7 lebih, then singgah terus rumah dia tapi dia plak belum sampai lagi, dekat 1 jam jugak tunggu kat luar rumah dia!!, huhuhuh. Semua muka dah penat & lapar, nak tunggu dia balik dari rumah mertua dia lagi & paling best dia tak sempat masak lagi!!, kitaorg terpaksa tunggu lagi 1 jam lebih nak siap masak!!. heheheh. Dalam pukul 10.30 mlm baru semua makan. 

 
Disebabkan semua lapar tahap gaban, semua makanan diserbu makan ikan pirana!!, tak sempat nak berhidang segala, licin dalam berberapa minit je!!!, memang dashyat ahli keluarga aku. Aku lupa nak amik gambar Bihun Sup yang akak aku wat, licin jugak tak smpai 10 min!!. Tapi sangat seronok, dengan bising2 suara budak2, masak sama2, moment yang sangat berharga!!. Sebelum balik tue, sempat kitaorg amik gambar semua sekali, 3 Generasi Keluarga Ismail!!!. hehehe. Kitaorg sampai rumah dalam pukul 12 malam, masing2 muka dah penat, badan pn dah bau macam2, memang aku sampai terus tidur, dah tak larat nak salin baju pn. Tidur dalam Baju Raya ye, hehehee.

So,kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya & pandu hati2 time nak melawat saudara mara ye. Selamat membaca.


Friday, September 2, 2011

Raya Eve..di Kampung Halaman


Aku start balik Kampung hari Ahad ( 28th Aug) since Sabtu tue aku pergi shopping last minutes kat Shah Alam, just nak beli kuih2 je katanya tapi tetap beli baju jugak sehelai 2 kan, hehehe. So, aku gerak pagi Ahad ,tapi plan nak balik kul 8.00 pagi tapi nak settlekan few things, kul 10.00 pagi jugak la baru gerak. hehehehe

Anyway, aku sampai Perak dalam pukul 2.00 ptg , time tue dah consider hari memasak jugak la, buat preparation untuk nak memasak keesokan hari nye. Hari yang agak buzy, tapi aku sempat la memotong/menembas segala rumput kat laman rumah tue, tapi sambung esoknya ajelah sebab penat,hehehe.

Tapi kalo korang nak tau, malam tue aku telah menjadi panik tahap gaban, stress yang agak tinggi la, cuba teka ape?????. Time aku nak tidur, aku dok cari seluat track, belek2 punya belek, aku tak jumpa BAJU MELAYU aku!!!, aku tinggal BAJU RAYA AKU kat rumah Shah Alam!!!!!!, stress tak korang rasa????, malam tue memang payah nak tidur la, rasa macam nak balik KL amik je baju tue, tapi memang sangat tak logik la kan!!, so esok nye pagi2 lagi aku dah turun Ipoh nak beli baju raya baru!!, nasib baik aku sedar sehari sebelum Raya, kalo malam raya baru sedar, memanag tak tau nak kata apa la kan. hehehehe.

Tahun nie aku rasa sangat happy sebab semua adik beradik aku balik, aku ade 10 orang adik beradik, malam sebelum Raya semua ade berkumpul untuk buka puasa sama2. Korang bayangkan berapa ramai ye,2(parent)+10(beradik's)+7(menantu's)+24(cucu's) = 43 orang kat rumah tue. Memang riuh rendah la rumah tue, suara budak2 menjerit,memasak segala, kemas rumah lagi, memang sangat seronok la, hehehe. Malam tue kitaorg berbuka ramai2, so lauk2 semua hidang kat lantai, dah macam kenduri sebab meja tak muat dah ,hehehe. Malam tue kakak2 aku masak Gulai Betik Air, Ayam Masak Merah, Kerabu Pucuk Ubi, Kari Telur ,Ikan Masin & Sambal Belacan. Tapi portion memang banyak, telur saja dah 30 biji, ayam lagi, memang kenduri la malam tue.


Nasi pun masak banyak, macam asrama dah, air lagi.Semua kena size jumbo sebab tak cukup nanti.Kalo tak percaya, tengok gambar kat bawah tue, hehehe. Meriah kan adik beradik aku?, ramai nie seronok time raya bila semua berkumpul la.


Seperti biasa la, setiap kali Raya mesti lah ade juadah macam Lemang, Rendang & Dodoi kan?,hehehe. Lemang tue special sebab abang aku yang duduk kat Brunei buat, dia keje chef kat sana, so mesti lah sedap kan, hehehe. Malam tue, aku menolong dia masak Rendang Daging Minang, tapi bukan nak puji abang sendiri tapi memang sedap!!, tapi dia masak tak la banyak sangat pn, so x cukup!!. hehehe. Akak aku pulak masak dodoi kat sebelah, habis semua budak2 dikerah untuk mengaul benda tue, nak gaul at least 3 jam tau!!!, dekat tengah malam baru siap, penat tapi happy!!. hehehe


Seronok kan suasana macam nie di malam raya, family bonding, gotong royong masak sama2, kemas rumah segala. Memang la orang kata kalo anak ramai susah nak jaga, tapi alhamdulillah mak abah aku berjaya didik semua anak2 dia sampai masing berjaya dalam bidang masing2. Korang patut hargai time2 macam nie ngan keluarga sebab sayang family nie tak ade batasan. Date kat gambar tue ade eror, nie bukan gambar tahun 2008 ye tapi 2011, saper la ubah setting date kat kamera tue. heheheh

Sebelum tue, aku nak cerita yang abah aku nie rajin berkebun, so kat rumah aku ade taman bunga, walaupun dah kurang berjaga sebab dia dah tak berapa kuat macam dulu tapi ade la hasil nye sikit. Air yang kitaorg minum time berbuka tue, Air Rosselle sbb kat depan umah aku ade pokok rosselle yang besar. Siap ade anggur lagi kat umah aku tapi belum masak lagi kot. hehehe


So, inilah cerita aku di malam Raya,sehari belum hari Raya Aidilfitri. Seronok bila semua ahli keluarga dapat berjumpa macam nie, setahun sekali pun dah bagus.Anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca ye. Semoga bergembira bersama keluarga tercinta