It's Raya morning people!!, wake up!!. hehehehe. Hari yang kita tunggu2 akhirnya menjelma tiba,Selamat Hari Raya Aidilfitri. So, seperti biasa la, pergi sembahyang Raya dengan family, lepas tue bermaafaan sesama keluarga & paling penting untuk budak2 la, DUIT RAYA!!!. hehehehe
Lepas tue, jom serbu meja makan!!, melantak time!!, heheheh. Tahun nie semua kuih tunjuk je, selain kuih yang akak aku wat iaitu Tart Nenas & Biskut ape tak ingat, hehehe. So, aku makan banyak & pelik2 sikit campuran nye tahun nie sebab nak try. Laksa ialah makan rasmi kat rumah aku, every year mesti ade, kalo tidak tak complete, ala2 Signiture Dish untuk family aku la sebab semua saudara mara yang datang mesti akan tanya Laksa, hehehehe. Menu lemang kat rumah aku tahun nie ada 3 jenis iaitu Lemang Pulut, Lemang Jagung & Lemang Tepung.Pas tue ade Rendang Ayam, Rendang Daging Minang, Laksa & Dodoi, disamping segala kuih2 tue la.
Tahun nie family aku banyak berjalan ke rumah saudara mara, raya pertama pergi ke rumah makcik2 aku kat Bota Kanan & Bota Kiri. Lepas tue Raya ke 2 plak ke rumah makcik & pakcik kat Taiping & Ipoh. Memang penat la drive kereta kan tapi kovoi ramai2 seronok!! ,hehehe. Tapi biasalah, kalau menyinggah mesti la lama, then sampai rumah pun dah malam kan. Time datang rumah dorang, semua makanan aku sebat, bukan sepinggan tapi berpinggan2!!, tak kisah lansung pasal berat badan. hehehehe
Aku melantak ape saja, Roti Canai campur Gulai Tempoyak & Ikan Bilis, Bihun Sup campur Serunding Daging & macam2 lagi yang aku tak ingat. Tapi alhamdulillah perut aku tak meragam, thanks tummy!!. Syok nye aku makan sampai lebam la. hehehe
Pada raya ke 2, tahun nie paling seronok sebab semua adik beradik aku ade, then kitaorg berkumpul kat rumah akak aku kat Batu Gajah, kononnye nak wat makan2 untuk semua adik beradik + biras la tapi sebabkan masa limited ,just kitaorg adik -beradik ajelah. Kitaorg konvoi dari Ipoh dah pukul 7 lebih, then singgah terus rumah dia tapi dia plak belum sampai lagi, dekat 1 jam jugak tunggu kat luar rumah dia!!, huhuhuh. Semua muka dah penat & lapar, nak tunggu dia balik dari rumah mertua dia lagi & paling best dia tak sempat masak lagi!!, kitaorg terpaksa tunggu lagi 1 jam lebih nak siap masak!!. heheheh. Dalam pukul 10.30 mlm baru semua makan.
Disebabkan semua lapar tahap gaban, semua makanan diserbu makan ikan pirana!!, tak sempat nak berhidang segala, licin dalam berberapa minit je!!!, memang dashyat ahli keluarga aku. Aku lupa nak amik gambar Bihun Sup yang akak aku wat, licin jugak tak smpai 10 min!!. Tapi sangat seronok, dengan bising2 suara budak2, masak sama2, moment yang sangat berharga!!. Sebelum balik tue, sempat kitaorg amik gambar semua sekali, 3 Generasi Keluarga Ismail!!!. hehehe. Kitaorg sampai rumah dalam pukul 12 malam, masing2 muka dah penat, badan pn dah bau macam2, memang aku sampai terus tidur, dah tak larat nak salin baju pn. Tidur dalam Baju Raya ye, hehehee.
So,kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya & pandu hati2 time nak melawat saudara mara ye. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment