Tuesday, May 31, 2011

Balik Kampung dengan ETS..ohh..ohhh

Korang pernah dengar ETS tak?..aku tak jumpa full name kat website dia tp kalo dari website lain maksudnya Electric Train Service (ETS) & ia merupakan advance version dari KTM Komuter sekarang nie. Laluan dia lagi jauh la, dari Seremban ke Ipoh & Ipoh ke Seremban. Antara station yang ade contohnya macam Behrang, Tanjung Malim, Tapah Road, Sungkai etc. Sebenarnya aku dah naik 2 kali dah ETS nie, first time Raya Cina bulan Feb lepas, dan sekarang aku balik kampung halaman dengan ETS lagi.


Dengan ETS nie, aku balik Perak cuma 2 jam je, dari aku bawak kete 2-3 jam + penat = baik naik ETS. hehehehe. Since aku balik Batu Gajah, tiket untuk one-way RM24, kalo Ipoh RM25. Ade 3 jenis ETS yang disediakan, 1-ETS Platinum, 2-ETS Gold, 3-ETS Silver. Basically yg membezakan cuma masa perjalanan & route yg berbeza. Contohnya, kalo ETS Platinum, direct dari KL ke Ipoh, so harga dia mahal sikit dalam RM45 one way. Kalo ETS Silver paling murah sebab dia akan berhenti kat semua station yg ade on da way nak pg ke distinasi. So, terpulang la ikut kemahuan & kemampuan korang ye, yg penting tiba ke destinasi ye.

Kat dalam train tue sangat selesa, tempat duduk, tandas, TV & ade cafe. Aku paling suka duduk kat cafe sbb boleh feeling2 tgk keadaan alam semula jadi yang hijau & dapat tgk matahari terbenam..heheh


Setelah 2 jam aku dalam train tue, sampai la ke tempat yg aku nak tuju iaitu Batu Gajah. Pengalaman naik ETS sangat best sbb aku boleh berehat, tido, makan & berangan tanpa nak fikir letih bawak kereta balik. So, aku sangat bersyukur ade ETS menuju ke Utara dan aku harap lepas nie akan ade sampai ke Penang or Kedah, boleh la bercuti2 Malaysia nanti.


 So, kalo sesiapa nak tau lebih lanjut tenttang perkhihmantan ETS nie, boleh la ke website dia http://www.ets-train.com.my/web/ets/ . So Selamat mencuba & mengembara ye..

2 comments:

Che Kay said...

nanti nak try jugak lah!Che Kay selalu naik keretapi biasa sampai ke Gurun kalau nak balek Yan. =)

Fred Isman said...

Hehhe..tapi x de la keretapi tue sampai ke Yan, so far paling jauh pn Ipoh je..hehehe..maybe next year kot..