Wednesday, June 29, 2011

Lunch di Warung Kopi Mak Jah, Bukit Jelutong

Dah lama tak makan kat area Bukit Jelutong walaupun aku just stay kat area berdekatan je.heheheh. Kalo tak silap aku, nie kira 2nd time aku makan kat sana la. Food dia pada aku sedap & harga sangat berpatutan, so aku pn bawak la my friend pergi makan kat Warong Kopi Mak Jah.

Walaupun nama nye warung kafe, tapi dalam restoren tue tak la macam warung pun, sangat selesa & cozy la..hehehe


Aku memang suka makan Mee Rebus Johor, sebab aku sangat rindu Mee Rebus Haji Wahid..huhuhu, my favorite mee rebus!!!..So, aku order Mee Rebus Johor & White Coffee while my frend order Macaroni Mak Jah & Kelapa Laut Ais. Harganya sangat berpatutan ye & paling penting mie rebus dia sedap!!!, i loikee!!!..hehehehe. Kat sini ade jugak makanan lain macam Nasi Beriyani, dengar katanya sedap!!, korang should try ok..


So, kalo nak cari warong kafe nie, tempatnye kat area Town Bukit Jelutong je, sebelum masuk Highway Guthrie..


So, selamat memcuba ok.

Tuesday, June 28, 2011

Dinner di Garden Cafe, The Curve

Sebelum tengok wayang malam minggu, sempat jugak aku kitaorang makan kat Garden Cafe, The Curve. Kawan aku nak tengok jugak Green Lantern, aku follow ajelah walaupun aku dah tengok cerita tue ( tp sebab movie tue best, aku rasa berbaloi je nak tenagok 2 kali). Tapi time tue dah pukul 11.00pm & aku dah makan malam, so supper tue my friend ajelah yang makan. Actually, tempat tue quite nice la plus harga dia tak la mahal sangat macam yang aku sangka, kira munasabah & berpatutan la. Tapi since amik gambar malam, quality gambar kurang menarik la skit ye.


Malam tue, my friend makan Stir Fried Beef with Chives + Rice, kitaorg just mimum Ice Honey Lemon sambil bercerita2 tentang isu career, hehehe. Tapi aku try daging dia sedap jugak la, soft & tender.


Tempat nie very cozy & sesuai sangat untuk lepak2 sebab boleh tengok orang lalu lalang sambil dengar lagu dari The Laundry sebelah dia. Memang enjoy lepak sana & chill. Try it! 

Monday, June 27, 2011

Melawat Tugu Negara

Korang pernah sampai tak ke Tugu Negara? , honestly dalam kotak memori aku memang aku tak pernah pergi la ( tp kalo masa kecik aku tak tau la plak ye). Aku pernah pergi Shrine of Remembrane, Melbourne tapi kat KL tak pernah sampai..huhuhu. So, aku decide nak melawat Tugu Negara Malaysia hari tue ye..hehehe..

Sedikit Sejarah Tugu Negara : Pembinaan Tugu Negara telah diilhamkan oleh Y.T.M Tunku Adbul Rahman Putra AlHaj pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara. Kawasan ini mempunyai keluasan 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik. Kompleks Tugu Negara mempunyai 5 kompenen iaitu Tugu Negara, Kolam Air Pancut, Astaka, Tugu Peringatan & Taman Tambahan., kalo nak tau selebihnya pergi la melawat sendiri ok. hehehe.

Sebelum masuk tue, nanti korang akan nampak macam monument macam tiang yg ade nama2 pahlawan yang terkorban time perang dulu ye. Tapi bila aku belek2 nama kat situ macam ramai nama orang putih je (maybe askar British dulu kot). Then ade air pancut sebelum korang masuk ke  dalam Tugu tue.


Then, nanti korang melalui tempat tue, korang akau nampak Tugu Negara yang tersergam kukuh yang dibuat dari Gangsa with Bendera Malaysia, it's the Tugu Negara yang dibina khas untuk mengingati Pahlawan yang menegakkan kedamaian & kebebasan.


Lepas letih ambil gambar kat sana, ramai jugak pelancong kat sini, dari Arab, Eropah, Korea, China etc la. Aku pn terasa macam pelancong la pulak ye. After that, aku pun turun kat bawah bukit tue sebab ade taman, & aku pn snap2 la gambar macam biasa.

Aku tak sure ape nama taman nie sebab aku tak jumpa namanye kat sana, Taman Tugu Negara la kot. Time aku pergi nie hari mendung & nak hujan, so sebab tue aku tak boleh lama2 sangat plus dah penat bergambar kat Tasik Perdana kot, tempat nie kat depan Tasik Perdana aje tapi kena pusing jauh sikit sebab kalo simpang dari tasik tue tak boleh terus. So, harap korang sudikan diri untuk melawat tempat kat Kuala Lumpur tue ye, cuti-cuti Malaysia.

Sunday, June 26, 2011

Berjogging Di Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Baru-baru nie, aku pergi berjogging kat Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Walaupun tak sama macam Central Park tapi utk orang KL yang mengamalkan gaya hidup sihat memang memerlukan taman macam nie. Aku bergerak dari kul 7.30 pg dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, sampai kat area tasik tue parking plak penuh & terpaksa aku menapak jauh sikit. Sampai kat sana, terus aku tak tunggu dah, start jogging ( walaupun banyak jalan & amik gambar  dari jogging sebenarnya..hehehe). Memang tenang & relax bersenam kat sana, sebab luas & banyak taman2 kat sana. Antara taman2 yang ade Taman Burung, Taman Orkid, Taman Rama-Rama , Taman Kancil & Rusa, Taman Herba & lain2 la. Selain tue ade Planetarium NegaraNational Monument kalo korang tak tau la.Next time, aku nak pergi ke sana plak ( ingat nak singgah Bird Park tapi sakit kaki dah..huhuhu).


Antara gambar2 permandangan taman kat sana yang aku sempat ambil..


dan lagi....


Aku paling suka kat Tasik Perdana nie, the Boathouse ( Rumah Sampan) sebab dulu masa time ku study kat UiTM dulu, aku main sampan & water cycle kat sana. Time tue sangat best sebab dengan my family ( sister & cousin), tapi sekarang dah tak ade lagi,maybe next time ade la ye.


Dekat dengan Boathouse tue ade Taman Rusa & Kancil. Masuk free je, so jangan risau ok, kat dalam tue ade banyak Rusa Bintik ( siap ade tanduk lagi) & Sang Kancil, hehehe, sesuai la kalo nak bawak budak2 sebab kalo nak tengok jugak kena pergi Zoo la kan.


Actually ade banyak lagi taman2 lain yang aku tak sempat nak pergi tapi next time kalo aku pergi lagi aku akan upadate korang ok.Tasik buatan manusia seluas nie lebih kurang 91.6 hectares & map dia..

So, kalau next time aku datang lagi, aku akan update pictures & tempat2 lain ok. Happy reading..