Sunday, June 5, 2011

Lunch di Try Thai TDDI Shah Alam

Hari minggu nie best kalo melepak2 tempat makan baru. Aku memang selalu lalu kat depan restoren tue tapi tak pernah nak singgah. So, hari nie aku decide nak makan kat sana di Try Thai kat TDDI Shah Alam,


Restoren nie senang je nak cari, dari tepi jalan dah nampak dah kalo ke kem TUDM Subang tue. Anyway, tempat nie not bad, food dia basically Thai food  la kan?..heheheh..tapi ade gak western kat sana tapi tak sempat try la. Yang paling tak larat sebab akan dengar pelbagai jenis lagu thailand kat situ, makan sambil dengar lagu Thailand, ade yg paham & ade yang tak prnah dengar tp layan ajelah..heheheh.. Aku suka makan kat sana sebab sofa dia best, besar & empuk, rasa nak tidur pun ade..hahaha.


Food kat sini not bad jugak la, nasi goreng dia sedap tp aku order mee goreng seafood & ok la rasanya..ade Thai & Western food lain kalo korang nak cuba la, cuba sendiri & komen sendiri la ye..hehehehe.


Tempat nie kalo korang nak pg senang je, kat area TDDI Shah Alam, alamat dia Jalan Opera L 2U/L, TDDI Shah Alam. Buka macam biasa la, 10 am - 10 pm. Aku tak dapat jumpa jalan yg sama kat google map, tapi dekat2 situ je kalo based on map kat bawah nie..


So, kalo nak cuba boleh la pg Try Thai nie ok, cuba sendiri, komen sendiri.. hehehe.. selamat makan..

Wednesday, June 1, 2011

Makan Angin ke Utara Malaysia

Hujung minggu lepas, aku dan keluarga berjalan2 ke Utara sbb ikut rombongan mempelai (kahwin pihak lelaki ke perempuan). Kitaorang bertolak seawal jam 9.30 pg ( janji my sister, tp pukul 10.30 pg baru dia gerak!!), sabor ajelah.Hehehe. Perjalanan yang agak jauh & memenatkan la seharian dari Perak ke Balik Pulau, Penang. Kitaorang pergi Penang naik jambatan, then balik naik Feri. Jalan nak ke Balik Pulau memang scary la sbb jalan yg kecil & tepi gaung!!..Memang memcabar la perjalanan nak tempat tu tp akhirnya sampai jugak la ke destinasi.


Kat Penang, kitaorang tak sempat nak pergi ke mana-mana sangat sebab tak cukup masa, so gambar-gambar yang aku sempat ambil cuma dari dalam kereta aje. Memang ade plan nak melawat beberapa tempat tapi semua macam penat je, so tertunda la rancangan nya. Tapi macam maner pn, Penang tetap tempat menarik untuk di lawati, so next time aku plan nak datang lagi tp tak tau la bila.hehehehe..


Lepas selesai segala urusan, kitaorang pun bergerak ke rumah adik aku kat Bertam & kitaorg bermalam la di sana malam tue. Memang bising & kecoh la sbb ramai sangat budak2 kan tp seronok tengok karenah dorang. heheheh. Yang paling best, malam tue kitaorang buat BBQ ikan Terbuk, Pari, Selar, Kerang & Udang & memang sedap sebab makan ramai2. That was the best moment in life!!, family is everything for me, tak kisah la apa pun yang berlaku, mereka tetap akan bersama kita. So, lepas tue ingat nak berjalan2 ke Georgetown tp hampeh sebab semua dah meroloh sebab penat ( bahasa Perak untuk tidur).

So, keesokan harinya kitaorang pergi pulak ke Yan,Kedah plak sebab nak melawat saudara kat sana, alang2 sampai sana kan. So, dalam 45 min jugak la nak ke sana kalo ikut highway, kena tol RM7 kalo tak silap aku. Kat Kedah tue sangat la hijau mata memandang, tenang mata tengok hijau & kebetulan rumah saudara tue kat area Gunung Jerai. Sawah padi yang luas, pokok2 buahan sangat banyak kat sana macam Mangga, Sukun, Cempedak, best sangat sebab kalo nak makan just petik je. Bila tengok sawah tue teringat terima "CUN" lakonan Maya Karin & Remy Ishak, hehehehe. 


Pokok- pokok buah & kaktus yang sangat mengujakan..heheheehe


Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah time dorang hidangkan makanan utk kitaorang, dorang bagi pisau & dulang untuk makan mangga!!!, kena kopek sendiri ok???,,hahahahaha..aku rasa agak asing la dengan cara kitaorang kalo kat Perak tp lain negeri lain adatnya ye tak?..tp best la pulak makan macam tue..hehehe..anyway, aku sangat enjoy ngan trip nie lagi2 dengan family, i feel complete rasanya..


So, aku harap korang boleh spend lebih masa dengan family sebab family akan sentiasa bersama kita time susah ataupun senang. Korang akan rasa masa tue lebih berharga sbb setiap saat & minutes hanya dengan bergurau senda akan memambahkan kebahagian. So, hargai la family & ibu bapa kita ok sebab tak akan ade ganti nya lagi. Selamat membaca...

Tuesday, May 31, 2011

Balik Kampung dengan ETS..ohh..ohhh

Korang pernah dengar ETS tak?..aku tak jumpa full name kat website dia tp kalo dari website lain maksudnya Electric Train Service (ETS) & ia merupakan advance version dari KTM Komuter sekarang nie. Laluan dia lagi jauh la, dari Seremban ke Ipoh & Ipoh ke Seremban. Antara station yang ade contohnya macam Behrang, Tanjung Malim, Tapah Road, Sungkai etc. Sebenarnya aku dah naik 2 kali dah ETS nie, first time Raya Cina bulan Feb lepas, dan sekarang aku balik kampung halaman dengan ETS lagi.


Dengan ETS nie, aku balik Perak cuma 2 jam je, dari aku bawak kete 2-3 jam + penat = baik naik ETS. hehehehe. Since aku balik Batu Gajah, tiket untuk one-way RM24, kalo Ipoh RM25. Ade 3 jenis ETS yang disediakan, 1-ETS Platinum, 2-ETS Gold, 3-ETS Silver. Basically yg membezakan cuma masa perjalanan & route yg berbeza. Contohnya, kalo ETS Platinum, direct dari KL ke Ipoh, so harga dia mahal sikit dalam RM45 one way. Kalo ETS Silver paling murah sebab dia akan berhenti kat semua station yg ade on da way nak pg ke distinasi. So, terpulang la ikut kemahuan & kemampuan korang ye, yg penting tiba ke destinasi ye.

Kat dalam train tue sangat selesa, tempat duduk, tandas, TV & ade cafe. Aku paling suka duduk kat cafe sbb boleh feeling2 tgk keadaan alam semula jadi yang hijau & dapat tgk matahari terbenam..heheh


Setelah 2 jam aku dalam train tue, sampai la ke tempat yg aku nak tuju iaitu Batu Gajah. Pengalaman naik ETS sangat best sbb aku boleh berehat, tido, makan & berangan tanpa nak fikir letih bawak kereta balik. So, aku sangat bersyukur ade ETS menuju ke Utara dan aku harap lepas nie akan ade sampai ke Penang or Kedah, boleh la bercuti2 Malaysia nanti.


 So, kalo sesiapa nak tau lebih lanjut tenttang perkhihmantan ETS nie, boleh la ke website dia http://www.ets-train.com.my/web/ets/ . So Selamat mencuba & mengembara ye..

Monday, May 30, 2011

Melepak di Le Chateau De Puah

Cuba try sebut Le Chateau De Puah??..hehehe, aku pun x tau sebutan sebenarnya tp yang penting ia merupakan tempat makan yang best & tersendiri. First time kawan aku bawak kat sini, aku ingat tempat apa la sebab ada tempat sauna segala, hehehe. Tapi tempat nie sangat relax, tenang, senyap, sangat sesuai utk sesisi keluarga atau teman2. Tempat nie masuk ke dalam kawasan perumahan kat area Jalan Genting -Ulu Kelang tue.. Inilah Le Chateau De Puah, Restaurant & Tropical Sauna.. 


Kat tempat tue ade sauna utk sesisapa yg nak segarkan badan. Harga nye aku tak sure sebab aku tak sempat tanya plak, tp kat website dia ade bgtau harga segala. Anway, tempat kat sini sangat cantik, tenang & sangat selesa. Music yang dipasang sangat sesuai ngan tempat nie & korang akan rasa tenang nak makan kat sini sbb tempat nie sangat nyaman.








Time aku datang nie, kitaorg lepak2 je sambil sembang2 sbb masing2 nak kenyang tp nak pergi jugak tempat nie, kitaorg just minum2 & makan desert je, so aku tak ade food review la ye, tp next time aku share kalo aku pergi lagi. Basically, food kat sini fusion sytle macam Bukhara Chicken/lamb , Dim sum, Western food & kawan aku kata mesti try Roti Taliban. Harga nya sangat berpatutan, tak mahal & sederhana je, sesuai utk family & utk kawan2 jugak.


So, kat sini aku share maps  & website dia untuk korang datang & try ok tempat nie. Tempat nie kat Kampung Gombak kat Jalan Gombak KL. Website dia at www.lechateaudepuah.com


 
So, enjoy your day kat Le Chateau De Puah....