Thursday, October 27, 2011

Cuti2 Malaysia ke Port Dickson..Residence Desa Lagoon Resort

Macam dah lama sangat aku tak mencoret catatan baru kat journal nie, yeke?..hehehehe. Ini adalah entry yang patut aku wat 2-3 bulan lepas sebelum pengalaman tak manis tue berlaku, huhuh. Somehow I've managed to get all those lost photos, heheheh. Anyway, ingatan aku dah agak samar2 tentang pengalaman ini tapi harapnye entry nie boleh bagi korang teringin nak melawat ke sana ye. hehehehe.Bermulah kisah 5 orang sahabats menyusuri PLUS highway untuk ke destinasi yang menjadi tumpuan ramai iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan!!. heheheh dan bermulalah ceritanya........hehehee..

Actually, trip nie just untuk relax and melapangkan fikiran lepas masing2 penat berkerja, stress kat office and aku yang sedang nak wat keputusan untuk membuat pilihan kerjaya baru..hehhehe. So, Port Dickson atau shortname PD nie tempat yang paling sesuai untuk menenangkan fikiran. Lagipun kitaorg memang ade tempat yang selalu kitaorg datang untuk bercuti dan yang paling penting with special price!!!, so memang pakej la kan?. hehehe. Tempat yang kitaorg stay utk vacation nie ialah Residence Desa Lagoon Resort and tempat nie sangat amazing!!, hehehe. Resort nie villa type, swimming pool, restaurant, Gym, SPA, karaoke, BBQ and the treatment memang bagus la. Tempat tue pn consider privacy and sesuai jugak untuk orang honeymoon. Aku paling suka baring kat tepi pool, sambil minum jus oren and baca buku!!, ala2 kat Maldives je, hehehe, feeling2 lebih. Lagipun kalo nak mandi laut pun tak jauh dari resort tue, dan ade water activity kalo korang berminat la.


Environment tempat nie selesa, plus with the view and kemudahan yang ade kat sana buat korang rasa macam tak nak balik KL dah, i wish to stay longer but i can't!!, huhuhuhu. Anyway, colour villa pn menarik , pool, bersih & ade Ledang SPA tau kalo korang nak tapi aku tak masuk la sebab tak ade budget time tue, hehehehe.
Antara gambar menarik kat tempat nie, korang tengok la sendiri and judge yourself ok. hehehe

Tapi yang paling penting sekali bilik kitaorg ye, actually ade 2 jenis villa, Superior & Deluxe. Kitaorg punya 2-bedroom Superior sebab murah skit kalo nak compared ngan Deluxe la ye. hehe. Tapi tetap best, selesa & semua kemudahan macam rumah, so kitaorg dah puas hati.
Hmm, best kan kalo hidup ini ibarat bercuti je, huhuhu, unless you own the place la kan?. heheheh. Tapi mesti tak lengkap kalo tak mandi laut kan?, tapi kalo nak compared Laut Selat Melaka ngan Laut China Selatan tak mampu la kan, tapi tetap seronok dapat mandi- manda, berenang, main pasir, jalan2 kat tepi pantai dan berangan kalo dapat rumah kat tepi laut, atas tebing tinggi ( rumah idaman aku). hehehehe.

 
Best dapat tengok laut, nyaman, udara segar, berangin je, malam2 tengok bintang sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Aku selalu harap dapat beli rumah tepi laut, atas tebing tinggi and setiap pagi dengar deruan ombak, buka pintu rumah je laut, sangat best!!!.. Insyaallah aku usahakan impian itu ye, hehehe.

So, aku harap dapat bercuti lagi macam nie, bersama family or kawan sebab very relaxing n stress free!!. hehehe. Tapi kalo korang berminat nak pergi tempat nie, korang boleh check website nie untuk maklumat lanjut http://www.resdesa.com/resdesa/

Until aku bercerita lagi ye, so have fun reading it. Adios...

Tuesday, October 11, 2011

Open House : Urban Raya di Tanjung Malim..

Last month aku telah dijemput ke satu majlis open house semperna Aidilfitiri tahun nie tapi jauh sikit kat Tanjung Malim. Tapi mengenangkan kawan lama, gigih jugak la aku ngan seorang lagi member naik ETS dari KL Sentral ke Tanjung Malim. Lagipun kawan aku tak pernah naik ETS, so kasi la dia feeling2 skit kan? , aku memang selalu feelink2 kalo naik ETS nie. hehehe.

Dalam 1/2 jam jugak la naik ETS dari KL Sentral tue, smpai pun almost maghrib kat Tanjung Malim tue. Aku dengan kawan aku pun terpaksa la menunggu sampai pose2 gambar kan?.hehehehe. Sampai kat rumah my friend yang buat open house tue, memang OMG la kan sebab berkemah bagai, dah macam kenduri kahwin dah aku rasa. Memang kelas la majlis dia, tema nye URBAN RAYA..mampooo???..hehehehe. Siap ade 2 khemah, meja banquet, deco2, paling tak tahan ade Chendeliar..memang makan hati la kalo orang datang nak bertanding, hehehe. Kalo tak percaya, tengok la sendiri.hehehe




Meletop kan untuk open house kawan2, aku memang tak mampoo la nak wat macam nie sebab belanja besar kot. hehehehe. Lagipun kawan aku nie keje kat Tg Malim as Landskap Designer, so memang skill dia dalam part2 macam nie. Menu2 malam tue pn sedap, macam Nasi Impit, Laksa, Puding, Tapai, Pasembor, Ayam Masak Merah dan aku pun sampai tak ingat dah. Tukang Masak pn import dari KL ok,heheheh.

Majlis habis dalam pukul 12 malam lebih, masing2 dah ting tong and penat sebab dorang dah seharian buat preparation and masak segala. Actually malam tue ade surprise party untuk kawan aku sebab birthday dia baru lepas 2 hari,so dorang kasi tarok baik la sama dia. heheheh. HAPPY BESTDAY Smile. hehehe kalo tak silap aku, dorang stay up sampai kul 2 pagi kot bergossip2, tapi aku dah flat and tak larat nak bukak mata pun dah, sedar2 je dah pagi.

 
Next morning, sebelum aku balik KL, kawan aku bawak la pergi breakfast and pusing2 Bandar Tanjung Malim, walaupun aku orang Perak tapi aku jarang datang sini and aku rasa sangat relax & calm kat sini. Kita pergi breakfast kat Gerai Haji Din Nasi Lemak, sedap nasi lemak dia sampai aku makan 2 pinggan!! hehehe. Gerai nie terletak kat dalam food court Tg Malim and tempat nie memang glamour la untuk orang tempatan and org luar tyang datang makan sini. Paling menarik sebab cawan teh dia sangatlah time aku sekolah2 dulu, tetiba teringat zaman kanak2, huhuhu.


Korang mesti cuba ye kalo datang sini, memang sangat sedap and berbaloi!!!, aku rekemen korang try makan kat sini. Selalunya org datang breakfast tapi lunch aku tak sure la ye. hehehe. After makan, then its time to balik KL, aku and kawan aku sampai KL dalam pukul 3 ptg  and masing2 tertido and lena diulik mimpi dalam ETS.

Itulah serba sedikit pengalaman aku ke Tanjung Malim, next time datang kitaorg plan nak mandi air terjun kat sana plak,heheheh and I wish to come Tanjung Malim lagi next time, until next time..

Monday, October 10, 2011

Lunch di Restoran Chawan, Citta Mall

Pernah pergi kat Citta Mall tak? , shopping complex baru kat Ara Damansara. Tempat tue consider baru jugak la and banyak restoran yang best ade kat sana. Aku rasa nak lepak2 after kerja pun sesuai sebab ambience sangat best. heheheh

Aku and officemate lunch kat Restoran Chawan kat sana. Pada aku food dia sedap and harga sangat berbaloi. Concept restoren nie macam Kopitiam & variety food ade melayu & western.  


Ambience calm and relax, so sesuai untuk lunch or dinner ngan kawan2. Design tempat sini sangat simple and santai je. Aku rasa korang mesti recall balik memory time zaman remaja dulu.hehehehe

Aku makan Nasi & Daging Salai masak Lemak Cili Api. Daging tue sangat sedap ye and aku suka sebab tak la super pedas sebab letak cili api kan. Aku memang rekeman kalo nak rasa makanan nie & average food kat sini RM10-RM15 je. Antara food yang ade lagi macam Mee Bandung, Nasi Lemak,Asam Laksa and lain2 la.  

Kalo korang nak try, boleh la singgah kat Citta Mall kat Ara Damansara tue, sekarang nie parking dia still free sebab baru bukak kot. hehehe. Landmark tempat nie Menara Symphony & Menara Sime Darby Property, mesti jumpa la tempat nie nanti. Selamat mencuba

Wednesday, October 5, 2011

Mertabak Mengkasar Hj Din, Pekan,Pahang

Hari ke 2 traning aku kat Pekan Pahang, kawan aku ajak makan Mertabak!!, katanye mesti cuba sebab unik and sedap!!. Tempat tu kat area Kg Mengkasar, just tepi jalan, so sangat senang nak cari. Namanye Murtabak Mengkasar Hj Din, tempat tue kecil je, macam gerai tapi selesa nak makan and bersih. Mertabak nie panjang & besar untuk seorang nak habiskan,hehehe.


Mertabak nye sangat besar & sedap ye, memang puas hati la makan kat sini!!, memang berbaloi2. Time tue kitaorg ber6 & beli 3 je sebab 2 orang share 1 sebab takut nanti tak larat habis. By the way, aku sangat suka kuah cecah bawang dia, terbaik!!!. hehehee. Tengok la kesungguhan abg tue memutar & menterbalikkan tepung nak wat mertabak tue, kawan aku siap bergambar bagai ngan abg tue lagi, hehehe.

Tempat nie agak tak ramai org time nie sebab lepas Maghrib, so malam2 sikit mesti ramai la kot. Mertabak yang ade jual kat sini semua daging, tak ade ayam, so kalo nak ayam tue kena try tempat lain ye. Harga dia agak berpatutan untuk saiz jumbo macam nie kan, RM 8.00 untuk special & RM6.00 untuk yang biasa.

Aku tak sure alamat penuh tempat nie, tapi gerai mertabak nie dekat Kg Mengkasar, Jalan Batu Balik, Pekan Pahang  & ini map dia kalo korang nak cuba mencari la ye.


So, next time kalo aku berpeluang ke Kuantan & pergi tempat makan best aku share ngan korang lagi ye. Until next time, tada..