Tuesday, December 27, 2011

Jalan-Jalan di Pasar Seni, Kuala Lumpur

Rasanya dah lama sangat aku tak jejakkan kaki ke Pasar Seni, Kuala Lumpur. Kalau tak silap aku dah dekat 2-3 tahun since aku habis belajar, kalau tengok semua dah banyak berubah kat tempat tue, dari luar sampai ke dalam, memang sangat sesuai untuk tarikan pelancong. Kebetulan aku saje nak jalan kat KL, so singgah la sana untuk ambil gambar & lepak makan,tak sangka sangat best plak masuk kat dalam tue,hehehhe,


Sedikit sejarah pasal Pasar Seni.."Pasar Besar atau Central Market dibina pada sekitar tahun 1936 yang menerapkan ciri-ciri Art Deco. Ia merupakan sebuah pasar besar yang menjadi tempat tumpuan perniagaan ikan, daging ,sayuran serta keperluan harian lain dikalangan pelombong bijih timah pada akhir kurun ke-18". Kalo nak info sepenuhnye kena la dtang sendiri ye, hehehe.Sebelum korang nak sampai sini, ade pintu gerbang besar kat luar CM nie, Kasturi Walk namenya. Tempat nie ade jual barang2 kraftangan, sourvenir & gerai2 makan.


Bila masuk kat dalam tempat tue semua nya dah berubah, kedai2, lay out,lampu, tempat makan & memang big transformation la kalo nak comparekan dari dulu, sekarang lebih sistematik,kemas, teratur & bersih. Banyak kedai2 menarik & cantik jual kraf,sourvenir etc la, macam2 benda boleh cari kat sana dan memang menarik untuk pelancong,aku pun tertarik kot. Aku rasa macam seronok & bangga duduk dalam tempat nie, rasa macam pelacong plak,hehehhe.


Konsep kedai2 kraf dalam nie pun menarik, walaupn aku tak membeli ape2 barang tapi aku tengok ramai pelancong yang membeli barang2 kraftangan kat sana. Tapi yang paling aku suka konsep 1 Malaysia kat sana sebab ade specific kraftangan dari bangsa berlainan, contohnye Lorong Melayu, Little India, Straits Chinese,Lorong Kolonial etc. So, tourist boleh tahu & paham sendiri budaya or kraftangan berbilang kaum rakyat Malaysia.


Actually banyak lagi benda menarik yang ade kat Pasar Seni or promosi2 yang ade untuk pelancong,tapi aku tak dapat nak cerita semua, it's better korang pergi dan tengok sendiri ape yang ade kat tempat tue. Tapi sebelum balik, sempat lagi aku makan ice cream durian yng sedap dijual kat luar CM, harga pun murah je dan korang should try ye,heheheh


Ok lah, setakat ini ajelah cerita aku untuk kali nie dan aku harap korang sempat la melawat nanti ye sebab banyak tempat menarik yang kita ade & patut pergi kat negara ini,until I write again,adios..

No comments: