Thursday, June 16, 2011

Lunch di Restoren Lenggong

Aku ada seorang kawan yanag asal dari Lenggong, Perak tapi aku tak pernah sampai sana walaupun aku orang Perak.hehehhe. So, officemate selalu cerita restoren nie kat Seksyen 20 Shah Alam yang masak asam pedas sangat sedap, tapi aku rasa owner restoren nie orang Perak sebab masakan nya macam Perakian & pinggan mangkuk very the macam arwah atuk nenek aku punya.hehhe.So, aku pun paksa la kawan bawak aku makan sana hari nie. hehehe..


Nama penuh tempat nie Restoren Lenggong Kuey Teow Kerang, tapi aku tak makan kuey teau la. heheh. Style dia ala carte, so kena order la dan aku tunggu lebih kurang dalam 15 minit la sebelum dapat makanan. Kitaorang order Ikan Pari Masak Asam Pedas, Sup Tulang, Kilan Ikan Masin & Mee Goreng. Perghhhhh!!!, memang terangkat aku makan masak asam pedas dia!!!..pada aku sangat sedap & memang rasa la kalo makan. Sup Tulang pun sedap!!.. honestly, aku tak berapa minat sup tulang sebenarnya tapi hari nie aku rasa sangat suka sbb sedap!!..hehehe.

Aku sangat jarang ataupn mengelak la makanan pedas tapi asam pedas kat sini memang sedap ( sambil makan garu kepala sebab gatal, pedas & panas!.hehehe) & mimum 2 gelas teh O ais. Aku rasa memang puas la makan kat sana, hehhehe.. Harga dia pn berpatutan, total dalam RM25 ( aku tak sure berapa harga sebenar sbb officemate belanja!!.. tq, tq. hehe).  Kalau nak cari tempat nie senang je kat sebelah Pizza Hut kat Seksyen 20 tue, dekat dengan KPJ Shah  Alam. Restoren ni buka dari jam 8 pagi - 1 pagi tapi kalau pagi just nasi lemak ajelah katanya. Refer map kat bawah kalo tak jumpa tempat ok.


So, selamat menjamu selera. 

Monday, June 13, 2011

Trip Spontan ke Cameron Highlands..

Hujung minggu yang lepas, aku ngan 2 orang kawan telah membuat kerja yang tak dirancang!!..hehehe. Asalnya dorang datang nak datang umah aku untuk lepak2, so aku pun masak la untuk dorang. Time tu dah pukul 2pm, aku masak simple2 je, entree - Ayam with Soup Betik, main course-Pasta Mushroom with Chicken, then dessert aku wat Fruits Cocktail je. Lepas makan segala, barulah kitaorg decide nak pergi somewhere sejuk,sbb semua macam ok, so all set!! jom ke Cameron Highlands!!!..


Then, we all pun prepare nak bergerak ke Cameron Highlands, the truth is none of us very sure macam maner nak sampai ke sana. Last time aku pergi sana rasanya darjah 6 kot, tahun 1995!!, dah dekat 16 tahun aku tak jejakkan kaki kat atas sana. So, perjalanan kitaorang dalam 3 jam, sebab kita orang ikut PLUS, keluar kat Tapah ( itu pun call kawan2 tanya). Oh My God, jalan nak ke sana very the bengkang-bengkok!, sangat mencabar ye, lebih kurang dalam 60km dari Tapah nak naik ke Tanah Rata. Kitaorang melalui jalan2 yang sempit, tepi gaung segala, jumpa perkampungan Orang Asli segala, dah la timetue dah dekat malam ( dalam kul 7 mlm lebih), even worst jalan senyap sunyi & tak berlampu. Sorang kawan kitaorg memang tak boleh blah la, menyalahkan pempuan sebab pening2 la, nak termuntah la..hehehhe. So finally, kitaorg pn sampai la Cameron Highlands dalam pukul 8.30 mlm. Time on the way ke atas, kitaorg dah bukak tingkap & dah feeling2 sbb dah boleh rasa sejuk2 dah. hehhehe. First tempat ynag kitaorg singgah ke Brinchang, nak pergi pasar malam. Ramai jugak org kat sana, ade jual macam2 la, mcm uptown tp lain skit ade banyak jual sayuran2 yang fresh!!.


Best tengok sayur-sayuran kat sana, aku suka baby carrot tue, ade jual buah2 segar jugak, madu la & macam2 lagi..very nice..


Kat pasar malam tue ade jual macam2, dah yg paling best aku jumpa ialah jual Honey Comb, pakcik tue siap potong2 sarang lebah tue, then letak dalam bekas kecil2, dia jual 1 bekas RM2, 3 untuk RM5 & rasanya sangat manis!!, sangat!


Di samping tue, sempat la kitaorang singgah jalan2 kat area Brinchang, contohnya Balai Craft Brinchang. Kat atas tue memang la tak ade pusat hiburan sangat, just banyak hotel2 la sebab namanye tempat melacong , ladang strawberry & kaktus banyak la..


Selepas penat berjalan2, time untuk makan & kitaorang makan kat Nik Ikan Bakar & Tomyam, kitaorang order, Tomyam, Telur Bungkus, Kailan Ikan Masin & Kerang Rebus. Harga kat kedai tue boleh tahan la, semua tue termasuk air dalam RM22 je untuk 3 orang makan.


Lepas makan2, kitaorang pn cari la tempat melepak kat area Tanah Rata tue, boleh tahan la sejuk nye malam tue, maybe below 20 C la kot, memang best & nyaman aje malam tue. Kitaorang pun melepak kat Starbucks Coffee,Cameron Highlands minum2 coffee malam tue. Rasanya tempat tue buka sampai pagi kot sebab ramai budak muda lepak main daun terup kat sana, baca buku la, surfing la & macam2. kitaorang lepak sampai kul 1 pagi lebih.


Sebenarnya kita orang tak plan pun nak tido maner2 hotel pun sebab plan awal nak tido dalam kete je! ( tapi depan masjid la, selamat skit kot). But then, kitaorang try la survey2 kalo ade bilik hotel yg kosong lagi, then dapat la blik hotel yg murah je, dalam RM80 semalam, ok la tue sebab kitaorang just nak tido aje pn. Hotel  & bilik tue not bad la, so malam tue kitaorang bermalam di Hotel Silverstar. Hotel kitaorang tak ade kipas sebab kat luar dah sejuk kot, bukak tingkap dah mcm aircond dah, so good nite!!!


Tidur yang nyenyak sebab sejuk, hmm...morning Cameron Highlands!!. aku bangun awal pagi tue sebab nak keluar ambil angin, aku memang suka sejuk sebab feeling2 masa travel oversea dulu2 la. So, kitaorang pn siap2 la & check out dalam kul 11 pg, then breakfast kat area situ jugak. Kitaorg makan roti canai & nasi lemak, harga kat atas nie mahal skit la kalo compared kat bawah sbb jauh kot nak bwk tepung naik atas. Tp yg paling best, lepas tue sempat lagi jalan2 kat pasar siang plak, makan Strawberry with Chocolate pagi2. Best kan?..hehhe

 
Then, after makan2 kitaorang pn berjalan2 la kat Tanah Rata tue, tengok Ladang Strawberry, Kaktus & Bunga segala. Macam2 jenis rupa aku tengok yang ade kat sana.


Cantik & menarik kan?


Then, after meronda2 kat atas tue, then jam pun dah almost 1 lebih, time to balik KL, sedih la sbb nak kena balik dah..huhuhu. But, on the way balik tue sempat singgah minum tea kat Cameron Valley Tea House,Bharat Plantation. Rasa tea dia lain macam sikit aku rasa sebab macam herb ( maybe garlic or something) & anyway very nice.


Nice view, tenang & relax sangat sambil mimum tea.


Then, its really time to balik KL, kitaorang pun balik la menyusuri laluan yg memcabar tue nak ke Tapah. Tapi on the way tue, sempat je kitaorang singgah kat Lata Iskandar. Kitaorang tak mandi la tapi just amik gambar & main air je. Airnye sangat sejuk & nyaman, best main air kat situ, next time kitaorang akan singgah lagi ye.


So, itulah saja yang mampu aku update untuk journal aku this time but next time aku harap nak pergi sana lagi. So, overall this is very spontaneous trip yg tak ade dalam plan tapi terjah je,hehehhe. So, nanti kan spontan trip aku kat tempat lain lain kali..hehehe. Thanks to my friends yg giler untuk men"plan" trip nie, the best experience ever. So, selamat membaca.. 

Sunday, June 5, 2011

Lunch di Try Thai TDDI Shah Alam

Hari minggu nie best kalo melepak2 tempat makan baru. Aku memang selalu lalu kat depan restoren tue tapi tak pernah nak singgah. So, hari nie aku decide nak makan kat sana di Try Thai kat TDDI Shah Alam,


Restoren nie senang je nak cari, dari tepi jalan dah nampak dah kalo ke kem TUDM Subang tue. Anyway, tempat nie not bad, food dia basically Thai food  la kan?..heheheh..tapi ade gak western kat sana tapi tak sempat try la. Yang paling tak larat sebab akan dengar pelbagai jenis lagu thailand kat situ, makan sambil dengar lagu Thailand, ade yg paham & ade yang tak prnah dengar tp layan ajelah..heheheh.. Aku suka makan kat sana sebab sofa dia best, besar & empuk, rasa nak tidur pun ade..hahaha.


Food kat sini not bad jugak la, nasi goreng dia sedap tp aku order mee goreng seafood & ok la rasanya..ade Thai & Western food lain kalo korang nak cuba la, cuba sendiri & komen sendiri la ye..hehehehe.


Tempat nie kalo korang nak pg senang je, kat area TDDI Shah Alam, alamat dia Jalan Opera L 2U/L, TDDI Shah Alam. Buka macam biasa la, 10 am - 10 pm. Aku tak dapat jumpa jalan yg sama kat google map, tapi dekat2 situ je kalo based on map kat bawah nie..


So, kalo nak cuba boleh la pg Try Thai nie ok, cuba sendiri, komen sendiri.. hehehe.. selamat makan..

Wednesday, June 1, 2011

Makan Angin ke Utara Malaysia

Hujung minggu lepas, aku dan keluarga berjalan2 ke Utara sbb ikut rombongan mempelai (kahwin pihak lelaki ke perempuan). Kitaorang bertolak seawal jam 9.30 pg ( janji my sister, tp pukul 10.30 pg baru dia gerak!!), sabor ajelah.Hehehe. Perjalanan yang agak jauh & memenatkan la seharian dari Perak ke Balik Pulau, Penang. Kitaorang pergi Penang naik jambatan, then balik naik Feri. Jalan nak ke Balik Pulau memang scary la sbb jalan yg kecil & tepi gaung!!..Memang memcabar la perjalanan nak tempat tu tp akhirnya sampai jugak la ke destinasi.


Kat Penang, kitaorang tak sempat nak pergi ke mana-mana sangat sebab tak cukup masa, so gambar-gambar yang aku sempat ambil cuma dari dalam kereta aje. Memang ade plan nak melawat beberapa tempat tapi semua macam penat je, so tertunda la rancangan nya. Tapi macam maner pn, Penang tetap tempat menarik untuk di lawati, so next time aku plan nak datang lagi tp tak tau la bila.hehehehe..


Lepas selesai segala urusan, kitaorang pun bergerak ke rumah adik aku kat Bertam & kitaorg bermalam la di sana malam tue. Memang bising & kecoh la sbb ramai sangat budak2 kan tp seronok tengok karenah dorang. heheheh. Yang paling best, malam tue kitaorang buat BBQ ikan Terbuk, Pari, Selar, Kerang & Udang & memang sedap sebab makan ramai2. That was the best moment in life!!, family is everything for me, tak kisah la apa pun yang berlaku, mereka tetap akan bersama kita. So, lepas tue ingat nak berjalan2 ke Georgetown tp hampeh sebab semua dah meroloh sebab penat ( bahasa Perak untuk tidur).

So, keesokan harinya kitaorang pergi pulak ke Yan,Kedah plak sebab nak melawat saudara kat sana, alang2 sampai sana kan. So, dalam 45 min jugak la nak ke sana kalo ikut highway, kena tol RM7 kalo tak silap aku. Kat Kedah tue sangat la hijau mata memandang, tenang mata tengok hijau & kebetulan rumah saudara tue kat area Gunung Jerai. Sawah padi yang luas, pokok2 buahan sangat banyak kat sana macam Mangga, Sukun, Cempedak, best sangat sebab kalo nak makan just petik je. Bila tengok sawah tue teringat terima "CUN" lakonan Maya Karin & Remy Ishak, hehehehe. 


Pokok- pokok buah & kaktus yang sangat mengujakan..heheheehe


Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah time dorang hidangkan makanan utk kitaorang, dorang bagi pisau & dulang untuk makan mangga!!!, kena kopek sendiri ok???,,hahahahaha..aku rasa agak asing la dengan cara kitaorang kalo kat Perak tp lain negeri lain adatnya ye tak?..tp best la pulak makan macam tue..hehehe..anyway, aku sangat enjoy ngan trip nie lagi2 dengan family, i feel complete rasanya..


So, aku harap korang boleh spend lebih masa dengan family sebab family akan sentiasa bersama kita time susah ataupun senang. Korang akan rasa masa tue lebih berharga sbb setiap saat & minutes hanya dengan bergurau senda akan memambahkan kebahagian. So, hargai la family & ibu bapa kita ok sebab tak akan ade ganti nya lagi. Selamat membaca...