Friday, November 11, 2011

Ronda-Ronda Bandaraya Melaka

Dah lama rasanye tak turun ke Melaka, but since my friend ajak bercuti ke sana, then why not?. hehehe. Anyway, aku suka Melaka sebab bangunan, culture, food kat sana best and Melaka is one of the city that i wish to stay and live tapi tak ade rezeki lagi. Anyway, aku tak la sewa hotel kat Melaka but stay kat my friend house kat Masjid Tanah, so pagi2 kitaorg turun Melaka sampai malam,hehehe. Melaka got very nice view and semakin maju dah sekarang. Kalo malam2 kat Melaka dah mcm KL sebab lampu2 yang meriah, plus bangunan2 baru yang cantik2, paling best bangunan sejarah,memang teruja nak ambil gambar segala. Aku & my friend pun berangan sikit pakai ala2 tourist kan, dengan topi segala, hehehehe, sampaikan ade org ingat kitaorg nie org Philiphines dah, hehehe. Aku tak la pergi setiap genap & pelusuk Melaka tue we had fun pusing2 Bandar Melaka, but next time aku plan nak datang malam minggu plak sebab baru meriah kat Jonker Street tue.

First destination ialah Muzium Samudera, dah lama aku teringin nak masuk, now baru aku betul2 masuk, hehehehe. Harge tiket RM3 sahaja untuk dewasa,kanak2/pelajar RM1 je, then kena buka kasut ye time nak masuk dalam tue nanti sebab lantai dia kayu kot, nanti takut rosak n kotor kalo semua masuk berkasut. Sedikit sejarah tentang muzium nie, merupakan replika kapal Flor de La Mar dibina tahun 1990, dirasmikan Y.A.B Dr Mahathir Mohammad pada 13 Jun 1994. Tujuan nya untuk sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilanagn Melaka sebagai Emprorium Timur.

 
Kat dalam muzium nie banyak lukisan, peta lama, model kapal, artifak berkenanaan maritim la. Sejarah dari Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris ade kat dalam tue ye. Aku tak la terer sangat sejarah nie tapi kalo korang berminat boleh la masuk dalam nanti tengok sendiri ye. Actually ade banyak gambar aku nak tunjuk dalam muzium tue tapi takut kalo copy right reserved or something, maklum la muzium kan, so to play safe aku tak upload la ye, sorry..

Then lepas tue, kitaorg berjalan kaki ke tempat yang famous kat Melaka tue, bangunan merah!!, Stadthuys. Bangunan nie memang signature la untuk negeri Melaka sebab sejarah & keunikan nye kan, so tempat nie memang cantik kalo nak amik gambar and membeli sourvenir untuk yang datang melancong kat sini.


Kat sebelah bangunan nie memang banyak kedai untuk beli cenderahati, dan paling best kat sini boleh sewa beca sebab memang ramai pelancong akan stop and ambil gambar kat tempat nie. hehehe. Tapi sedih sebab aku tak sempat nak membeli fridge magnet kat sana tue, huhuhu


Then, yang paling best teka la?..kitaorg naik beca!!, heheheh, 1st time dalam hidup aku naik beca di Bandar Melaka, sangat syok la!!, hehehehe. Tambang yang kitaorg kena agak munasabah la jugak, dalam RM40/jam sebab dia bawak jalan jauh sikit, pusing2 kat Jonker Street, Masjid Lama etc la. So, memang seronok la naik beca tapi macam kesian jugak la kat pakcik tue sebab kitaorg agak berat kot, huhuhu. Tapi beca kat sana memang meriah, sebab siap yang berbunga2 la, ade lagu2 pn ade. hehehe. Pandangan jalan yang sempat aku snap dari beca. hehehe


Seronok  pusing2 Badar Melaka naik beca, satu penglaman yang tak boleh dilupakan, tengok bangunan2, kedai lama, orang2 veteran Melaka and memang pengalaman yang syok bangat!!, hehehe. Pakcik beca tue dah jadi pemandu pelancong kitaorg, dia explain semua tempat2 yang dia singgah, sejarah serba sedikit, memang bagus la pakcik tue, hehehe. Antara tempat yang kitaorg singgah macam Makam Hang Kasturi, Hang Jebat, Masjid Lama and paling best rumah Baba Nyonya yang dah jadi hotel, Hotel Puri namanye dan aku sempat la amik gambar kat tempat tue.


Cantik kan? sebab rumah nie memanjang ke belakang, so penat la jugak berjalan. hehehe


In case korang nak further info boleh la check kat website nie ye, www.hotelpuri.com/

Then lepas tue, kitaorg meneruskan aktiviti meronda lagi, time nie tempat yang sangat terkenal di Melaka , Kota A Famosa. Dulu time sekolah rendah, pernah ade rombongan sekolah ke sini, time tue Melaka tak la semaju sekarang, rasa macam terkenang masa sekolah, zaman kanak2 lagi. heheheh.


Naik sedikit ke atas bukit nanti, ade jugak bangunan yang lebih kurang sama cuma kena memanjat la sikit ye. Memang exercise la sikit pergi Melaka nie sebab kalo naik kete tak feel sangat sebab nanti banyak tempat kita akan miss, so walking is the best option. Kat atas bukit nie terletak nye Runtuhan Chruch St Paul.

Cantik jugak kalo nak wat photoshot kan?. which i did with my friend, hehehe tapi tak boleh nak letak gambar kat sini, nnti over la pulak kan?. hehehehe, just feeling2 sendiri je. hahahah


My friend membeli some sourvenir kat atas nie, tapi ade uncle tue marah tau kalo korang nak amik gambar lukisan yang dia jual kat atas tue, maybe sebab nanti org tiru kot karya dia, heheh , so better not ok, banyak gambar lain boleh amik ye.


Kitaorg sempat la singgah kat Pahlawan Street Market, nak tengok2 barang tp just sourvenir la banyak, sesuai la utuk tourist kan. hehehe. Across Pahlawan Street Market, korang boleh terus pergi Menara Taming Sari, korang boleh la naik tower tue kalo nak view Melaka dari udara. Actually, kitaorg dah agak penat la time nie, dah tgh hari & panas plak, kalo kat oversea skrg nie time winter, so boleh la pakai muffle or trench coat tapi kalo kat sini org kata gile nanti. hehehe. After that, kitaorg masuk la Dataran Pahlawan Megamall just nak tengok2 dalam tue, sebab cuaca pun panas, memang sesuai la makan ice cream kan?. hehehe, yum..yum. Kitaorg singgah kat Gelato Fruity and makan kat tepi fountain, dah mulalah berangan, fikiran melayang ke tahun 1511 agaknye. heheheh.


Actually, in between nak tunggu malam sebab aku nak pergi kat naik Melaka River Cruise, kitaorg tengok wayang dulu cerita the Thing, tiket murah kot RM7, then lepas tue  pg makan asam pedas kat Kota Laksamana, sangat sedap ye.heheh. Then bila malam baru la kitaorg pergi balik kat Sg Melaka, ingat nak naik cruise tapi hujan la, so amik gambar n berangan2 je kat tepi tue. hehehe


Memang aku tak nafikan sangat cantik view malam kat tepi sungai tue, Hotel Casa Del Rio tue dah macam ala2 kat Venice kot, hehehe. Memang sangat cantik & i wish to stay longer tapi kesian kat kawan aku sebab dah sakit kaki sebab jalan seharian.

Actually banyak lagi aktiviti & tempat lain yang aku lawat tapi tak mampu nak cerita semua sekali. Nanti kalo aku datang Melaka lagi, aku cerita plak night life kat sana sebab kalo datang weekend lagi meriah sebab ade market kat Jonker Street & Pahlawan Street. Apa pun aku sangat gembira bercuti di Melaka, so aku rekemen untuk korang datang sendiri sebab kat Melaka banyak lagi tempat menarik yang mugkin some kita tak tau pn. hehehe. Sampai di sini saje cerita aku Ronda-Ronda Kota Melaka, sampai bercerita lagi.


2 comments:

Che Kay said...

Melaka salah satu negeri yang teringin Che Kay nak pegi. belum ada kesempatan~ Kecik2 pernah la pegi tapi dah tak ingat memorinya~

Fred Isman said...

yeke?..heheheh, x pelah nnti kalo balik semenanjung boleh la dtg melancong. at least i tunjuk gambar2 kat sana untuk tontonan che kay ye..heheheh