Saturday, September 24, 2011

Creative Activity Sept 11...

Aku sebenarnya dah lama nak tukar wall painting kat rumah aku sebab dah setahun lebih asyik gambar sama je,so rasa nak tukar yang lain pulak since aku dah tukar kerja, aku pun nak mood baru kat rumah tue. Before this, aku try nak re-arrange furnitures tapi macam tak kena and ruang rumah aku jadi sempit and pelik je. huhuh. So, since tak boleh nak re-arrange furniture, aku nak tukar accessories wall aje lah.

So, pagi Sabtu aku gigih pergi ke IKEA nak beli few stuffs untuk project aku. hehehe. Aku dah plan sebelum nie nak beli ape,so senang la kan. hehehe. Aku beli chair & curtain cloth kat IKEA, then aku beli kayu kat kedai hardware and pokok2 bunga untuk hiasan. hehehe.


So, after that bermula la kerja memotong kayu and menukang segala, aku suka DIY dari beli yang dah siap sebab lagi feel kot. hehehe. Aku buat frame untuk gantung kain tue and stepler je lepas tue. Sebelum nie aku ade pasu bunga besar tapi since kurang matahari,daun kering and tak cantik dah. So, aku cari pokok yang tahan lama sikit and boleh hidup kalo kurang cahaya matahari.  Then lepas beberapa jam bertungkus-lumus, inilah hasilnye...


Aku rasa happy dengan kerja aku sebab aku buat sendiri walaupn hasilnye tak la mewah or sangat cantik tapi seronok sebab ade creative activity untuk otak aku. heheheh. At least project nie create mood lain untuk rumah aku. hehehe.

Kalo korang rajin and ade masa boleh la buat sendiri ye, hehehe. Just untuk suka2 and isi masa lapang, next time ade project lain plak untuk rumah aku. hehehe. Nantikan ye..

Saturday, September 17, 2011

Makan di Nyonya Colour kat Empire Gallery

Sebenarnye nie consider post yang dah super basi & patut buang kat dalam tong sampah aje kot,huhuhu tapi aku nak just cerita la jugak since aku pergi makan jugak kan?..hehehehe. Anyway, ini  time bulan puasa tempoh hari, aku ajak kawan makan kat Empire Gallery. Mula2 ingat nak pergi Belanga tapi since last minutes, tempat semua dah penuh. So aku pun just berbuka puasa di Nyonya Colors.


Pada aku food kat sini boleh tahan sedap jugak & paling penting sesuai dengan harga dia. Time nie ade macam offer combo, so total aku makan dengan kawan aku dalam RM20++ la rasanya, hehehe. Tempat makan pun selesa,ade outdoor kalo nak smoke & service pun bagus je, kiranya puas hati la jugak. Time tue aku makan Mee Rebus & kawan aku makan Nasi Lemak Ayam. Aku suka Mee Rebus dia sebab macam berlemak skit.hehehe, time tue tak ape makan lemak sebab puasa, tapi now tak rela dengar lemak pun,hhuhuhu.


Tapi lepas makan tue, aku sempat bershopping ngan kawan aku kat Empire Gallery tue, boleh consider shopping untuk raya jugak la kan,hehehe. Aku beli baju kat Peacocks London, harga pun berpatutan, so aku sambar la 2 helai je. Then, lepas tue pergi makan Tutti Frutti kat level atas plak, rasa best pulak melepak kat Empire tue. Dulu aku paling la tak minat nak lepak or shopping kat sana, but now dah jadi 1 of my favorite place,hehehe.


Then, lepas habis tawaf & bershopping kat sana, hah balik la ape lagi kan?. hehehe. Rasanya tahun nie banyak sangat baju raya aku, tak nak  kira la sebab banyak kot,heheheh. Anyway,aku sangat enjoy bila keluar & shopping macam nie, saper yang tak kan?, hehehee. Have fun and enjoy reading.

Tuesday, September 13, 2011

Dinner di Chop & Steak

Minggu lepas, aku ade kerja sikit kat KL and since aku bawak kereta lain, so best la sikit nak drive pusing2 town kan?. hehehe. So,ajak la member kat KL pergi makan, so kitaorg pergi la area Kg Baru. Mula2 ingat nak makan kat Nasi lemak Antarbangsa, tapi last minute nak try pergi The Ship la. Rupa-rupanya dah tukar nama ke Restoran Chop & Steak !!!..


Tempat nie menarik jugak sebab decoration nye sangat unik & menarik, ade kapal ,motor2 antik & ambience dia sangat selasa. Seingat aku dulu tempat nie namanye The Ship sebab aku pernah makan tapi few years back la, now dah tukar nama ke Chop & Steak.


View & ambience tempat sangat best & cozy ye,tapi kena hati2 ye sebab ade "En Menti" yang berlari2 berkejaran kat sana ye, hehehee. Kalo nak tau "en menti" tue ape kena tanya orang Perak ye, hehehe. Tapi penting food dia agak sedap & harga sangat berpatutan la, ade western & fusion. Sebenarnya aku dah tak berapa ingat nama semua food yang kitaorg makan tue tapi ape yang aku ingat macam Spaghetti,Chicken Macaroni with Cheese, Fish & Chips & Sizzling Yee Mee.


Aku rasa ramai yang dah tau tempat nie kot, tapi tak pelah aku bagitau jugak macam maner nak datang sini ye. Sila follow map dibawah  nie kalo jumpa ye. hehehee


Kalo korang nak cari lagi info, boleh la tengok kat fb restoren nie ye kat www.facebook.com/chopnsteak. Selamat mencuba...

Sunday, September 11, 2011

Mandi - Manda di Teluk Senangin, Lumut

Walaupun still dalam mood Raya, tapi kitaorg rasa nak mandi laut. So, petang Raya Ke 3, aku dengan adik, anak2 buah & mak aku pergi mandi laut kat Teluk Senangin, Lumut. Tempat nie dalam 1 jam jugak la kalo drive dari rumah aku, tapi since dorang beriya2 so aku follow ajelah.Tempat nie agak terpencil la jugak sebab jalan nak masuk dia agak jauh. Aku pun kira 1st time sampai sini, selalu nya aku pergi Teluk Batik je.


Actually tempat nie not bad jugak kalo nak compared dengan Teluk Batik sebab orang tak la crowded & tak payah bayar ape2 kalo nak masuk kat sini. Kalo tak silap aku Teluk Batik kena bayar since tempat tue dorang dah jaga bagi cantik, maybe later tempat nie pn sama jugak la kot.

Anyway, kitaorg sampai pun dah petang, so tak la dapat mandi lama sangat ,air kat sini lebih dalam & ombak kuat. Pantai dia pn lagi bersih dari Teluk Batik. Tapi adik ipar aku tue sebenarnya nak memancing yang lebih, sebab tue dia datang sini sebab orang kurang & banyak jugak ikan yang dia dapat.


Sempat jugak la aku tangkap gambar time sunset, cantik kan?. Aku rasa ini tempat nie memang untuk memancing la kot sebab memang ramai kaki pancing yang datang kat sini. By the way, dekat sini aku jugak aktiviti air macam jetski & banana boat, kira ok la untuk tempat yang agak terpencil sikit nie. In fact, kat sini ade chalet2 kecil untuk disewa, nama nye Sri Senangin Village. Akak aku pernah sewa kat sini ngan family aku last 2 months tapi aku tak dapat join time tue, nampak macam best kan?, ala2 perkampungan kecil nelayan, hehehe. Jangan risau sebab kat tempat nie ade restoren jugak untuk makan2 segala.


So, kalo sesiapa yang teringin nak mandi laut & nak sedikit privacy, aku rasa tempat nie sangat sesuai untuk korang ye. Kalo nak datang ke sini, laluan nye sama macam nak ke  Teluk Batik tapi nanti kena masuk ke simpang Teluk Senangin la ye. So, selamat bermandi-manda ye di Teluk Senangin, Lumut.

Saturday, September 3, 2011

Pagi Raya..di Kampung Halaman

It's Raya morning people!!, wake up!!. hehehehe. Hari yang kita tunggu2 akhirnya menjelma tiba,Selamat Hari Raya Aidilfitri. So, seperti biasa la, pergi sembahyang Raya dengan family, lepas tue bermaafaan sesama keluarga & paling penting untuk budak2 la, DUIT RAYA!!!. hehehehe

Lepas tue, jom serbu meja makan!!, melantak time!!, heheheh. Tahun nie semua kuih tunjuk je, selain kuih yang akak aku  wat iaitu Tart Nenas & Biskut ape tak ingat, hehehe. So, aku makan banyak & pelik2 sikit campuran nye tahun nie sebab nak try. Laksa ialah makan rasmi kat rumah aku, every year mesti ade, kalo tidak tak complete, ala2 Signiture Dish untuk family aku la sebab semua saudara mara yang datang mesti akan tanya Laksa, hehehehe. Menu lemang kat rumah aku tahun nie ada 3 jenis iaitu Lemang Pulut, Lemang Jagung & Lemang Tepung.Pas tue ade Rendang Ayam, Rendang Daging Minang, Laksa & Dodoi, disamping segala kuih2 tue la.



Tahun nie family aku banyak berjalan ke rumah saudara mara, raya pertama pergi ke rumah makcik2 aku kat Bota Kanan & Bota Kiri. Lepas tue Raya ke 2 plak ke rumah makcik & pakcik kat Taiping & Ipoh. Memang penat la drive kereta kan tapi kovoi ramai2 seronok!! ,hehehe. Tapi biasalah, kalau menyinggah mesti la lama, then sampai rumah pun dah malam kan. Time datang rumah dorang, semua makanan aku sebat, bukan sepinggan tapi berpinggan2!!, tak kisah lansung pasal berat badan. hehehehe


Aku melantak ape saja, Roti Canai campur Gulai Tempoyak & Ikan Bilis, Bihun Sup campur Serunding Daging & macam2 lagi yang aku tak ingat. Tapi alhamdulillah perut aku tak meragam, thanks tummy!!. Syok nye aku makan sampai lebam la. hehehe

Pada raya ke 2, tahun nie paling seronok sebab semua adik beradik aku ade, then kitaorg berkumpul kat rumah akak aku kat Batu Gajah, kononnye nak wat makan2 untuk semua adik beradik + biras la tapi sebabkan masa limited ,just kitaorg adik -beradik ajelah. Kitaorg konvoi dari Ipoh dah pukul 7 lebih, then singgah terus rumah dia tapi dia plak belum sampai lagi, dekat 1 jam jugak tunggu kat luar rumah dia!!, huhuhuh. Semua muka dah penat & lapar, nak tunggu dia balik dari rumah mertua dia lagi & paling best dia tak sempat masak lagi!!, kitaorg terpaksa tunggu lagi 1 jam lebih nak siap masak!!. heheheh. Dalam pukul 10.30 mlm baru semua makan. 

 
Disebabkan semua lapar tahap gaban, semua makanan diserbu makan ikan pirana!!, tak sempat nak berhidang segala, licin dalam berberapa minit je!!!, memang dashyat ahli keluarga aku. Aku lupa nak amik gambar Bihun Sup yang akak aku wat, licin jugak tak smpai 10 min!!. Tapi sangat seronok, dengan bising2 suara budak2, masak sama2, moment yang sangat berharga!!. Sebelum balik tue, sempat kitaorg amik gambar semua sekali, 3 Generasi Keluarga Ismail!!!. hehehe. Kitaorg sampai rumah dalam pukul 12 malam, masing2 muka dah penat, badan pn dah bau macam2, memang aku sampai terus tidur, dah tak larat nak salin baju pn. Tidur dalam Baju Raya ye, hehehee.

So,kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya & pandu hati2 time nak melawat saudara mara ye. Selamat membaca.


Friday, September 2, 2011

Raya Eve..di Kampung Halaman


Aku start balik Kampung hari Ahad ( 28th Aug) since Sabtu tue aku pergi shopping last minutes kat Shah Alam, just nak beli kuih2 je katanya tapi tetap beli baju jugak sehelai 2 kan, hehehe. So, aku gerak pagi Ahad ,tapi plan nak balik kul 8.00 pagi tapi nak settlekan few things, kul 10.00 pagi jugak la baru gerak. hehehehe

Anyway, aku sampai Perak dalam pukul 2.00 ptg , time tue dah consider hari memasak jugak la, buat preparation untuk nak memasak keesokan hari nye. Hari yang agak buzy, tapi aku sempat la memotong/menembas segala rumput kat laman rumah tue, tapi sambung esoknya ajelah sebab penat,hehehe.

Tapi kalo korang nak tau, malam tue aku telah menjadi panik tahap gaban, stress yang agak tinggi la, cuba teka ape?????. Time aku nak tidur, aku dok cari seluat track, belek2 punya belek, aku tak jumpa BAJU MELAYU aku!!!, aku tinggal BAJU RAYA AKU kat rumah Shah Alam!!!!!!, stress tak korang rasa????, malam tue memang payah nak tidur la, rasa macam nak balik KL amik je baju tue, tapi memang sangat tak logik la kan!!, so esok nye pagi2 lagi aku dah turun Ipoh nak beli baju raya baru!!, nasib baik aku sedar sehari sebelum Raya, kalo malam raya baru sedar, memanag tak tau nak kata apa la kan. hehehehe.

Tahun nie aku rasa sangat happy sebab semua adik beradik aku balik, aku ade 10 orang adik beradik, malam sebelum Raya semua ade berkumpul untuk buka puasa sama2. Korang bayangkan berapa ramai ye,2(parent)+10(beradik's)+7(menantu's)+24(cucu's) = 43 orang kat rumah tue. Memang riuh rendah la rumah tue, suara budak2 menjerit,memasak segala, kemas rumah lagi, memang sangat seronok la, hehehe. Malam tue kitaorg berbuka ramai2, so lauk2 semua hidang kat lantai, dah macam kenduri sebab meja tak muat dah ,hehehe. Malam tue kakak2 aku masak Gulai Betik Air, Ayam Masak Merah, Kerabu Pucuk Ubi, Kari Telur ,Ikan Masin & Sambal Belacan. Tapi portion memang banyak, telur saja dah 30 biji, ayam lagi, memang kenduri la malam tue.


Nasi pun masak banyak, macam asrama dah, air lagi.Semua kena size jumbo sebab tak cukup nanti.Kalo tak percaya, tengok gambar kat bawah tue, hehehe. Meriah kan adik beradik aku?, ramai nie seronok time raya bila semua berkumpul la.


Seperti biasa la, setiap kali Raya mesti lah ade juadah macam Lemang, Rendang & Dodoi kan?,hehehe. Lemang tue special sebab abang aku yang duduk kat Brunei buat, dia keje chef kat sana, so mesti lah sedap kan, hehehe. Malam tue, aku menolong dia masak Rendang Daging Minang, tapi bukan nak puji abang sendiri tapi memang sedap!!, tapi dia masak tak la banyak sangat pn, so x cukup!!. hehehe. Akak aku pulak masak dodoi kat sebelah, habis semua budak2 dikerah untuk mengaul benda tue, nak gaul at least 3 jam tau!!!, dekat tengah malam baru siap, penat tapi happy!!. hehehe


Seronok kan suasana macam nie di malam raya, family bonding, gotong royong masak sama2, kemas rumah segala. Memang la orang kata kalo anak ramai susah nak jaga, tapi alhamdulillah mak abah aku berjaya didik semua anak2 dia sampai masing berjaya dalam bidang masing2. Korang patut hargai time2 macam nie ngan keluarga sebab sayang family nie tak ade batasan. Date kat gambar tue ade eror, nie bukan gambar tahun 2008 ye tapi 2011, saper la ubah setting date kat kamera tue. heheheh

Sebelum tue, aku nak cerita yang abah aku nie rajin berkebun, so kat rumah aku ade taman bunga, walaupun dah kurang berjaga sebab dia dah tak berapa kuat macam dulu tapi ade la hasil nye sikit. Air yang kitaorg minum time berbuka tue, Air Rosselle sbb kat depan umah aku ade pokok rosselle yang besar. Siap ade anggur lagi kat umah aku tapi belum masak lagi kot. hehehe


So, inilah cerita aku di malam Raya,sehari belum hari Raya Aidilfitri. Seronok bila semua ahli keluarga dapat berjumpa macam nie, setahun sekali pun dah bagus.Anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca ye. Semoga bergembira bersama keluarga tercinta